RM110 sahaja
Pakej Ebook Bekerja Dari Rumah(Mula bisnes butik)
Memegang status bekerja dari rumah mungkin menjadi impian
ramai orang.Tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita,sudah ramai yang
sukses.Jika anda ingin memulakan usaha bekerja dari rumah,anda boleh memilih
jenis pekerjaan(kerjaya)atau memulakan bisnes berskala kecil.
Bagi yang ingin memulakan bisnes dari rumah atau mahu
bekerja dari rumah,ebook di bawah sangat bersesuaian dengan anda.Ebook yang
mengandungi semua maklumat dan panduan bekerja dari rumah.
PAKEJ WAHM SOHO BEKERJA DARI RUMAH
Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah.
Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah.
Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di
rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.
Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu
memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.
1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah
Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook
ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah.
Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar
sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan
bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang
ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut.
2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang
Jujur
Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati
ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan
pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang
ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya
adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.
3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan
Sendiri
Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu
yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan.
Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa
yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan
modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.
4. Panduan Rutin Harian
Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti
bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan
tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh
anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu
yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka.
Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik
dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi
memudahkan kerja rumah.
5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan
Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang
tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku
apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan
'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi,
anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot
yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat
kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan
kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk
melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan
dan sebagainya jika mampu.
6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan
Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu
suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang
masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di
waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan
badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin
harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya
ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan
anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk
aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial
juga!
7. Motivasi Ibu Hebat!
Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan
sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling.
Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita.
Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal,
tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca
Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari
seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk
kita.
8. Rawat Dan Rehat
Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan
dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu
sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun
tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha
9. Cari Ilmu Baru
Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau
juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus
atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial,
jumpa kenalan baru.
10. Bina Rangkaian
Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di
facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM
Community), kumpulan ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang
berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika ada masa boleh
sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain.
Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian
industri butik
1.3 Ciri-ciri
butik
Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun
Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan
borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan
Bab 4: Modal (15 muka surat)
4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman
Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti
sasaran pelanggan
5.2 Panduan
khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran
khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual
kepada setiap pelanggan
Bab 6: Pendaftaran bisnes
Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat)
7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik,
pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional
Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
Bab 9:
Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran
Bab 10: Organisasi/badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan
Bonus 1: Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya
Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman
bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan
Bonus 2
Motivasi bisnes
12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3 Lapan prinsip
sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina
PAKEJ WAHM SOHO -Mula Bisnes Butik
No comments:
Post a Comment