Petikan Bab 9
44-catatan harian
- Latihan paling asas bagi yang baru mula menulis.
Pastikan mula dengan catatan harian dalam buku nota. Kemudian pindahkan apa
yang ditulis ke dalam blog
-Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti
pada hari tersebut, catatan harian seorang surirumah, seorang pekerja, seorang
ibu, seorang usahawan. Tulis apa sahaja aktiviti bermula bangun pagi.
-Jangan tinggalkan walau satu hari, kebiasaaan 44 hari ini
memudahkan kita menulis dan menjadikan ia rutin yang biasa.
-Cari masa yang sesuai setiap hari ambil hanya lima
hingga 10 minit sahaja. Tulis semula apa yang dicata. Terus tulis dan publish,
jangan ada perasaan teragak-agak.
-Apabila kita sudah berada dalam zon bertenang, kembali
lihat semual entri terdahulu, sunting dan tambah baik penulisans sedia ada.
-Melepasi 44 entri kelihatan blog kita sudah begitu
cantik tersusun dan sudah mula padat dengan informais ringkas. Ia adalah cara
paling mudah untuk menarik pembaca suka berkungjung.
-Pembaca datang setiap hari kerana mahu baca apa yang
dikongsikan.
-Penulisan yang jujur menjadikan penyampaian lebih
bersahaja, dan blog sebegini suka didatangi lagi dan lagi.
-Jika mahu ada pembaca datang, jadi jangan tidak da entri
baru.
-Istilahnya seperti menjemput tetamu, dan tetamu itu
adalh rezeki.
-Jamu tetamu dengan perkataan baik-baik, mudahan ia
kembali membawa rezeki untuk kita.
Jika tidak hari ini, mungkin esok, atau lusa, atau datang
banyak serentak. ;)
Ringkasan Bab;
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook
Hasil dari blog
1. Menghasilkan lebih 10 manuskrip yang diterbitkan buku
dan ebook menggunakan teknik kumpul idea dalam blog, boleh lihat senarai di sini
2.Blog
tersiar akhbar
di Utusan Malaysia, Ruangan Mega
Blog di Harian Metro
3. Berkongsi teknik blog, penulisan bersama dalam kelas
online Asas blog dan penulisan.
Penulisan bersama menghasilkan ebook
4. Menulis tulisan berpengaruh. Penulis blog dipilih
sebagai kolumnis majalah.
Bab 4 : Rancang Penulisan
1. Sediakan
buku catatan khusus untuk blog.
Buat catatan setiap hari. Apabila ada masa lapang, tulis
semula di blog. Buku catatan adalah satu cara termudah untuk melatih penulisan.
Tulis apa sahaja yang berlaku, sebaik buka mata hingg tidur malam hari.
2. Tulis
semula mengikut tarikh.
Setiap hari kita boleh perolehi banyak perkara, tulis berkaitan
aktiviti rutin. Tulis pengalaman baru, pengalaman manis. Tulis, dan tulis
semula dalam blog.
3. Pecahkan
penulisan mengikut label/kategori. Lima label asas diberikan iaitu, catatan
harian, catatan pengalaman, tiga lagi berdasarkan jawapan analisa.
Tips konsisten menulis
- Rancang
penulisan berdasarkan kerangka besar mengikut label/kategori yang diberikan.
- Mula
pecahkan mengikut kategori dan entri
- Kecilkan
lagi untuk maklumat harian, boleh disimpan sebagai draf atau terus publish
walau dua paragraph.
- Apabila
ada kesempatan curi masa untuk tambah dan sunting.
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!
No comments:
Post a Comment